Jom ramai2 join contest2 ni.. klik gambar untuk join kayh!!

Wednesday 18 April 2012

Jenis² Diam-ade jugak jenis2 diam yerw..


hai3.. ehee.. haa.. amcam tajuk entry kali ni..
anda pendiam?? ieka pun actually pendiam.. tp saje2 wat bising.. hehe..
tade laaa.. ieka memang pot-pet2.. tp perkara yang penting je la..
okayh ieka na share sikit jenis2 diam.. jom kite roll-on.. ^^,

Sesungguhnya diam itu terdapat bermacam² penyebab dan kesannya. Ada yang dengan diam jadi emas, tetapi ada pula dengan diam akan menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, situasi dan juga kondisi pada diri & persekitarannya. Berikut ini adalah jenis² diam: 

a. Diam Bodoh 

Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Hal ini disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan ketidakmengertiannya, atau kelemahan pemahaman dan alasan ketidakmampuan lainnya. Namun diam ini jauh lebih baik dan bebas daripada memaksakan diri dari berpura² tahu.



b. Diam Malas

Diam jenis ini merupakan satu keburukan, kerana diam pada saat atau ketika orang memerlukan perkataannya, dia enggan berbicara kerana merasa diri sedang tiada mood, tidak berselera atau malas.



c. Diam Sombong

Diam jenis ini juga termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahawa orang yang diajak berbicara tidak sama taraf dengannya.


d. Diam Khianat
Ini merupakan diam orang jahat kerana dia diam untuk mencelakakan atau mrnyusahkan orang lain. Diam pada saat diperlukan kesaksian yang menyelamatkan adalah diam yang keji.

e. Diam Marah
Diam seperti ini ada kebaikkan dan keburukannya, kebaikkannya adalah lebih terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana. Keburukkannya adalah dia berniat bukan untuk mencari penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemarahannya, sehingga boleh jadi diamnya ini juga menambah masalah.

f. Diam Utama (Diam Aktif)
Yang dimaksud diam utama adalah bersikap diam hasil dari pemikiran dan penelitian yang membuahkan keyakinan bahawa enggan bersikap menahan diri (diam) maka akan menjadi masalah lebih besar jika dibanding dengan berbicara.

* sy sllu diam yg e jea, tpi keburukan tuh, x da la, sy diam, untuk mengalah jea bkn nk protes.
 x sukak berbahas mcm budak².. insyallah.:))

0 orang memberi cadangan: